Saturday, 28 May 2016

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN DAN MENJALANI IBADAH PUASA


Sekitar Majlis Silaturrahim dan Sambutan Sempena Ketibaan Bulan Ramadan

Alhamdulillah, Majlis Silaturrahim dan Sambutan Sempena Ketibaan Bulan Ramadan telah dapat dijalankan dengan jayanya. Terima kasih kepada barisab Ayahanda dan Kekanda serta adik beradik yang sudi hadir ke majlis tersebut. Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada Paduka Ayahanda Presiden Papim Kebangsaan atas kesudiaan meluangkan masa.  Semoga ukhwah ini berkekalan hingga ke Jannah.

Monday, 23 May 2016

Majlis Silaturrahim dan Sambutan Sempena Ketibaan Bulan Ramadan



   
PAPIM Kedah akan mengadakan Majlis Silaturrahim dan Sambutan Sempena Ketibaan Bulan Ramadan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 27 Mei 2016
Hari : Jumaat mlm Sabtu
Masa : selepas solat Maghrib
Tempat : Pejabat Papim Kedah

Dijemput ayahanda2, kekanda2, abang2 dan jemaah Papim Kedah hadir memeriahkan majlis

7.00pm : ketibaan ahli2 papim
7.30pm : persediaan dan solat maghrib berjemaah
8.00pm : bacaan yasin dan ceramah khaifiat puasa di bulan Ramadhan oleh penceramah
9.15pm : solat isyak berjemaah
9.45pm : jamuan makan dan bersurai

Saturday, 20 February 2016

PROGRAM ZIARAH ANAK YATIM PERKIM ALOR SETAR

Tarikh: 17/2/16
Hari:Rabu
Jam: 4:00ptg
Tempat:
Rumah. PERKIM Lorong Seri Jalan Langgar Alor Setar Kedah.
Aturcara:
- solat asar berjemaah
- bacaan doa dan tahlil
- makan petang.


Monday, 15 February 2016

DELEGASI PAPIM KEDAH KE MESYUARAT EXCO PAPIM MALAYSIA 2016

Pada 13/2/2016, satu delegasi PAPIM Kedah yang diketuai oleh Ayahanda Ustaz Yusof selaku Pengerusi PAPIM Negeri Kedah telah bertolak ke Adamson Hotel Kuala Lumpur bagi menghadiri Mesyuarat EXCO PAPIM Malaysia bagi tahun 2016.  Seramai 11 orang delegasi yang mewakili barisan tenaga Jawatankuasa PAPIM Kedah telah hadir ke mesyuarat tersebut.