Sunday, 19 April 2015

Mesyuarat Jawatankuasa Penaja PAPIM Kedah

Alhamdulillah, pada 21HB MAC 2015 ( 30 JamadilAwal 1436H) bersamaan dengan hari Sabtu bertempat di Pejabat Urusan PAPIM Negeri Kedah telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Jawatankuasa Penaja PAPIM Kedah.

Sambutan yang diterima dari ahli - ahli PAPIM yang terdiri dari Ayahanda - Ayahanda dan Kekanda - Kekanda amatlah menggalakkan dalam melaksanakan impian PAPIM Kedah menjadi satu organisasi yang mantap dan dengan terlaksananya mesyuarat ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada kejayaan PAPIM Kedah khususnya dan PAPIM Malaysia secara amnya.

Terima kasih diberikan kepada pihak PAPIM Pusat kerana memberi 100% sokongan dalam menjayakan mesyuarat ini.




Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Presiden PAPIM Malaysia
Paduka Ayahanda Hj Daud.





Pengerusi PAPIM Kedah Ayahanda Ustaz Yusuf sedang menyampaikan ucaptama
dalam mesyuarat tersebut.